Video: Ah Long Tolak Permohonan Pencuri Telefon Untuk Pinjam Duit

KUALA LUMPUR – Satu rakaman perbualan telefon di antara dua individu yang sedang viral di media sosial hari ini mengundang tawa orang ramai berikutan kelucuan situasi yang berlaku dalam rakaman tersebut.

 

Melalui rakaman audio berdurasi lebih satu minit itu, seorang lelaki yang tidak bekerja telah menghubungi syarikat pinjaman (Ah Long) untuk mendapatkan sejumlah pinjaman wang.

 

Timbul situasi kekok dan melucukan apabila lelaki tersebut mengakui walaupun tidak bekerja tapi tetap berupaya membayar hutang jika pinjaman wang diluluskan.

 

“Saya boleh bayarlah, sebab itu boleh pinjam. Saya bank kad semua ada,” kata lelaki tersebut memberi jaminan.

 

“Bank kad ada, tapi tidak kerja, u bisnes ke?” soal Ah Long.

 

“Bukanlah, saya curi handphone, bateri kereta, saya curi-curi juallah,” ujar lelaki itu lagi.

 

Menyedari dia sedang berurusan dengan si pencuri, Ah Long enggan meneruskan urusan tersebut.

 

“Saya bukan curi awak punya baranglah, saya curi lepas itu saya bayar awak punya hutanglah,” ujar individu itu sebelum mengakhiri perbualan. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.