Tiada Lagi Brangelina, Hashtag #TeamJen Jadi Trending

Sejak tersebar berita keruntuhan rumah tangga Brad Pitt dan Angelina Jolie, ramai yang ingin mengetahui reaksi Jennifer Aniston.

 

US Weekly melaporkan, Aniston tidak begitu terkejut dengan berita itu, sebaliknya sudah lama mengagak ia akan berlaku.

 

Bahkan, Aniston memetik sumber terdekatnya berkata, dia tidak nampak bagaimana hubungan Pitt dan Jolie akan bertahan memandangkan personaliti mereka yang sangat berbeza.

 

“Jolie mempunyai personaliti yang kompleks, jauh berbeza dengan Pitt yang ringkas,” laporan itu menyebut.

 

Malah, Aniston juga dilaporkan dengan selamba berkata, apa yang terjadi adalah balasan atas apa yang dilakukan mereka berdua terhadapnya.

 

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, peminat Aniston banyak meluahkan perasaan mereka di media sosial.

 

Sehinggakan, Hashtag #TeamJen menjadi  trending malah peminat dan majoriti netizen menyifatkan Aniston akhirnya ‘mendapat keadilan’ daripada kekecewaan lalu.

Katlin Boeker @kboekshow berkata, “Bila bekas suami anda menipu isterinya dimana kedua mereka pernah menipu anda. #teamjen,”.
“Bila perkara itu berlaku pada anda berbalik kepadanya. #teamjen,” tulis Bethan Knight @Bethanknightxo.

 

 

Terdahulu, Aniston dan Pitt, yang pernah digelar pasangan emas Hollywood suatu ketika dahulu, berkahwin selama lima tahun dari 2000 hingga 2005. Hubungan mereka retak selepas Pitt berlakon bersama Jolie dalam filem Mr & Mrs Smith.

 

Aniston kini, mengahwini pelakon Justin Theroux, pada 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.