Orang ramai suka parkir naik harga – Datuk Bandar KL

 

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mendakwa beliau mendapat maklum balas rakyat di sini menyokong kadar baru tempat letak di ibu negera.

 

Menurut beliau, orang ramai menerima kenaikan harga parkir namun media tidak menyokong tindakan tersebut.

 

 

“Banyak orang awam yang menyokong kenaikan harga parkir ini tetapi press (akhbar) pula tak sokong, mungkin sebelah sana saya tak tahulah.

 
“Bila parkir itu meningkat dan kita kawal, banyak peluang orang parking terutamanya di Bangsar.

 

“Dulu double parking, sekarang dah ada ruang untuk orang parkir. Penduduk Bangsar suka dan juga penduduk TTDI,” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau mengulas tindakan pembangkang yang menghantar memorandum kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) yang mereka sifatkan sebagai terlalu mahal.

 

Memorandum yang dikumpul di laman atas talianitu nyata berjaya mengumpul 11000 tandatangan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.