Nicol Kandas Di Suku Akhir Terbuka Al-Ahram

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David terkandas di suku akhir Terbuka Al-Ahram selepas tumpas di tangan pemain England, Sarah-Jane Perry dalam aksi yang berlangsung di Great Pyramids of Giza di Kaherah, Mesir malam tadi.

 

NICOL kalah kepada pemain yang lebih rendah rankingnya di suku akhir Terbuka Al-Ahram di Kaherah, Mesir malam tadi.

 

Turun selaku pemain pilihan kedua kejohanan ini, Nicol, 33, bagaimanapun jelas gagal mempertahankan statusnya itu apabila kalah 9-11, 11-3, 11-4, 8-11 dan 9-11 dalam masa 61 minit kepada pemain yang lebih rendah rankingnya.

 

Ia merupakan kemenangan kedua Sarah-Jane selepas mengalahkan pilihan kelima Camille Serme dari Perancis di pusingan pembukaan pada Isnin.

 

Beliau akan bertemu pilihan ketiga Raneem El-Welily di separuh akhir pada lewat Khamis selepas pemain tuan rumah ini mengalahkan pilihan ketujuh Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-9, 4-11, 11-6 dan 11-3 di peringkat suku akhir.

 

Malaysia tidak menghantar pemain lelaki ke kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai US$100,000 (RM411,650) ini. – Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.