Naib Presiden PKR Isytihar Keluar Parti

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR Darell Leiking mengumumkan peletakan jawatannya dari parti.

 

Dalam suratnya ditujukan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Darell yang juga ahli Parlimen Penampang di Sabah itu berkata keputusannya bukan kerana tidak bersetuju dengan pimpinan ataupun parti.

 

Sebaliknya, Darell berkata beliau mahu meneruskan perjuangan sama PKR tetapi atas platform lain.

 

Beliau mengakui perjuangan menentang “regim Barisan Nasional yang zalim” memerlukan beliau terus kekal di dalam parti.

 

“Namun ada juga banyak sebab saya perlu pertimbangkan perjuangan politik sama di Sabah yang membawa saya ke dalam PKR, iaitu menerusi platform berasaskan negeri melawan regim zalim Barisan Nasional,” tulisnya dalam surat bertarikh 21 September itu.

 

Berita peletakan jawatan Darell diterima ketika bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, secara rasmi membuat permohonan menubuhkan sebuah parti baru berasaskan Sabah. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.