Mengaku Rogol Adik Ipar OKU

Kota Bharu: Seorang pegawai keselamatan di jatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun serta 10 sebatan terhadap tuduhan rogol adik iparnya sendiri.

 

Tertuduh yang berusia 26 tahun mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol adik iparnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran .

 

Menurut laporan MetroTV, Hakim Nazri Ismail memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini.

 

Tertuduh di dakwa merogol adik iparnya yang berusia 27 tahun pada jam 5 pagi, 28 Mei 2015 di rumah di Machang.

 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.