‘Kenapa Tanam Tok Guru Kat Negara Kafir?’

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa hari pemergian Mursyidul Am PAS, Haron Din ke rahmatullah, seorang pengguna laman Facebook memerli tindakan keluarga mengebumikan beliau di California.

 

Pemilik akaun Facebook tersebut yang dikenali sebagai Sharifah Farl berkata jenazah Haron Din yang di kebumikan di sana disebabkan mahu merasa tinggal di tempat sejuk yang beliau sifatkan sebagai tempat ‘kafir’.

 

“Napa tinggal amanat tanam kat tempat sana.
“Ka nak merasa duk tanah sejuk, Letih duk tanah panas kan selama ni.
“Tak sedar ke dia ni tempat kapir tok haji,” tulisnya dalam status di akaun Facebook miliknya.

 

Beliau turut mempertikaikan bahawa adakah keluarga Allahyarham Haron Din tidak mempunyai duit untuk membawa pulang jenazah beliau ke Malaysia.
“Ada duit terbang pi ,tak kan tak dak duit nak bawa balik tanam kat negara Malaysia yang suci murni telus gitu,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau turut mempersenda Arwah Haron din yang beliau anggap mahu tinggal di Negara ‘kafir’ namun terhalang disebabkan kerjaya dan seluarga serta agama.

 

“Ramai Bani duk maki orang kapir negara kapir tapi tok haji pilih bersemayam kat negara orang kapir juga walaupun mampu diterbangkan balik.
“Ke memang hajat tok haji nak duk Negara kafir sejak muda belia tapi terhalang dek kerjaya dan keluarga serta agama tok haji,”ujarnya.

 

Muatnaik status itu telah menadapat 2 884 perkongsian di laman Facebook.

 

Terdahulu Anak Allahyarham Datuk Haron Din, Dr Huda Haron menjelaskan keluarganya mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah ayahnya di California setelah mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu beliau dikebumikan di tempat di mana beliau meninggal dunia. -SuaraTV

One thought on “‘Kenapa Tanam Tok Guru Kat Negara Kafir?’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.