Video: CTOS Umpama Hukuman Mati – PPIM

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini meminta kerajaan untuk mengkaji semula agensi rujukan kredit, Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) kerana mendakwa ia memberi kesan terhadap peminjam dan ekonomi negara.

 

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata mana-mana peminjam yang telah disenarai hitamkan oleh CTOS boleh diibaratkan seperti menerima hukuman maut.

 

“Kita nak minta perkara ini dikaji semula kerana ia akan membawa kesan ekonomi yang cukup negatif kerana hari ini cukup ramai orang yang ada CTOS.

 

“Bila dah ada CTOS dia tak dapat pinjam duit tak tak boleh berkembang (kerana) ia umpama hukuman mati kerana ia sampai bila-bila, ” katanya ketika sidang akhbar di ibukota hari ini.

 

“Saya takut (kerana) ia banyak melibatkan peminjam muda, sebab mereka tidak boleh membuat sebarang pinjaman lain seperti rumah dan sebagainya walaupun mereka menerima tawaran untuk membeli rumah mampu milik seperti PRIMA dan sebagainya.

 

“Jadi saya rasa (masalah ini) akan mengekang perkembangan ekonomi di negara ini jadi saya harap pihak kerajaan dapat membetulkan keadaan (ini) yang pada saya cukup tidak sihat,” ujarnya lagi.

 

Selain CTOS beberapa NGO turut menggesa kerajaan agar mengkaji semula dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang disifatkan menyukarkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga menyukarkan mereka membuat pinjaman untuk mengembangkan perniagaan.

 

Menurut mereka tindakan agensi itu yang tetap meletakkan rekod lampau usahawan PKS yang pernah gagal atau lewat membayar pinjaman meskipun hutang tersebut sudah dilunaskan menjadi antara faktor institusi kewangan tidak meluluskan permohonan pinjaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.