Ibu ‘Clubbing’, Anak Dibiar Dalam Kereta

SWITZERLAND – Gara-gara berhibur di kelab malam, seorang ibu bakal didakwa kerana mengurung anaknya di dalam kereta kerana sedang bersuka ria di dalam kelab itu.

 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Dailymail, beberapa orang awam menemui anaknya itu di dalam kereta yang sedang menjerit-jerit dan menangis dalam sebuah kereta.

 

Kemudian, mereka cuba mencari ibu bayi tersebut namun gagal lalu menelefon pihak polis.

 

Setelah polis tiba di tempat kejadian, mereka kemudiannya memanggil mekanik untuk membuka kereta tersebut yang terkunci dari dalam.

 

Dalam pada itu, setelah ibu kanak-kanak tersebut tiba di lokasi, beliau memberitahu bahawa beliau pergi berhibur di kelab malam bersama teman-teman pejabatnya.

 

Wanita yang berusia 25 tahun itu di dakwa atas tuduhan cuai dalam tanggungjawab menjaga anak dan pihak polis masih menyiasat kes tersebut.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.