Ahmad Yakob Tolak Jawatan Mursyidul Am PAS

KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Haron Din.

 

Beliau yang juga Menteri Besar (MB) Kelantan memberi alasan untuk menolaknya kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain.

 

“Saya dengan secara jelas, pohon supaya sahabat-sahabat lain mengambil (tugas) sebagai Mursyidul Am. Saya kalau boleh (mahu) kekal sebagai timbalan (Mursyidul Am PAS). Ada yang layak dalam PAS, tapi saya tak boleh nak cadangkan secara terbuka.

 

“Bagaimanapun bagi saya, saya rasa lebih baik saya kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am. Saya banyak tugas, MB lagi, Pesuruhjaya (PAS Kelantan) lagi, kita agih-agihlah,” katanya memetik Bernama.

 

Ustaz Haron Din meninggal dunia pada 16 Sept lalu semasa mendapat rawatan di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Ditanya sekiranya Majlis Syura Ulama PAS mahu beliau menyandang jawatan tersebut, Ahmad berkata: “Itu (Majlis Syura Ulama) tidak mesyuarat lagi, (jadi) tak boleh andai. (Saya beri) signal (isyarat) lah (kekal) sebagai timbalan. Itulah sebaik-baiknya.”

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.