Ahli Parlimen Dakwa Shafie Ambil Alih Parti Cinta Sabah

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal dikatakan telah mengambil alih Parti Cinta Sabah bagi meneruskan perjuangan politiknya.

 

Menurut seorang ahli parlimen Sabah ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, mengikut perancangan awal Shafie sebelum ini berhasrat untuk mengambil alih parti USNO namun hasrat itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

 

“Sebelum ini saya dimaklumkan Shafie akan mengambil alih parti USNO untuk menarik kembali bekas ahli parti itu yang telah menyertai UMNO.

 

“Namun hasrat itu terpaksa dibatalkan setelah beberapa siri perjumpaan dan perbincangan mengenainya menemui kegagalan namun PCS kemudianya bersetuju memberi laluan kepada Shafie untuk menerajui parti itu,” ujarnya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

 

Beliau turut mendakwa beberapa orang ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikatakan akan turut menyertai Shafie.

 

“Ya, selain Darell akan ada lagi yang turut menyertai Shafie untuk mewujudkan persepsi gabungan yang baru dibentuk ini kuat.

 

“Namun buat masa ini, biarlah terus menjadi teka-teki sehingga Shafie membuat pengumuman rasmi mengenai,” ujarnya lagi.

 

Parti itu merupakan antara 20 parti politik baharu yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebelum ini.

 

PCS akan turut bekerjasama dengan beberapa parti politik tempatan di negeri itu antaranya Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (STAR) dalam Gabungan Perikatan Sabah.

 

Sementara itu Adun Moyog, Terence Siambun turut dikatakan akan mengikut jejak langkah ahli Parlimen Penampang Darell Leiking meninggalkan PKR untuk menyertai Shafie.

 

Menurut sumber Terence telah menyerahkan surat kepada PKR bagi memaklumkan hasratnya untuk keluar dari parti itu.

 

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung spekulasai itu sambil menegaskan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat. – SuaraTV

One thought on “Ahli Parlimen Dakwa Shafie Ambil Alih Parti Cinta Sabah

  • September 23, 2016 at 9:45 am
    Permalink

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakyat SABAH, kita kan menyukong mana2 parti politik dengan syarat kita mahu 1.Pendatang PTI/PATI di usir dari negeri SABAH 2. Kad Pengenalan di semak semula 3. Anak PTI/PATI lahir di SABAH surat beranak di cop PTI/PATI 3. Hak anak SABAH di pelihara sebaik2nya 4. Hasil bumi SABAH di agih sama rata tanpa mengira kaum dan agama 5. Tanah2 yang kosong di berikankan kepada anak SABAH yang memerlukanya kita contohi SARAWAK 6. Dan lain2 perkara dalam perlembagaan SABAH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.