Video: Jurukamera RTM Diugut Dan Nyaris Dipijak Pegawai Kastam?

Kuala Lumpur – Seorang jurukamera merangkap wartawan bebas Radio Televisyen Malaysia (RTM) diserang dan diugut oleh salah seorang yang dipercayai anggota kastam di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

<iframe width=”560″ height=”315″ src=”//www.youtube.com/embed/YCQb-fLoUQw” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>
Jurukamera merangkap wartawan, Lutin Ahmad, 39, mendakwa dikasari oleh lelaki yang turut mengiringi lima pegawai kanan kastam yang didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menerima rasuah.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika jurugambar merakamkan gambar lima pegawai kanan kastam yang dibawa keluar dari bilik perbicaraan oleh beberapa anggota polis mahkamah.

“Ketika saya merakamkan imej mereka dibawa keluar di koridor sayap kiri tingkat dua mahkamah, salah seorang lelaki dipercayai pegawai yang mengiringi mereka mengangkat kedua-dua tangan sebagai menghalang kamera kami daripada merakam sambil menjerit kuat.

“Tiba-tiba dia yang tidak berpuas hati terus bertindak agresif mengkasari saya dengan menyentuh dan memusingkan leher saya sebelum saya hilang keseimbangan.

Saya terjatuh sebelum lelaki itu bertindak lebih agresif cuba memijak saya,” katanya.

Tambah Lutin, dia yang dibantu rakannya terus menuju ke arah lima tertuduh bagi merakam mereka.

Malangnya, kata Lutin, dia sekali lagi dikejar lelaki sama yang cuba menyerangnya namun berjaya dihalang rakan-rakan lain.

“Bagaimanapun dia yang kelihatan tidak puas hati dengan kami terus menjerit sambil  melontarkan ugutan terhadap saya supaya menunggu di kompleks mahkamah,”katanya sebelum lelaki itu beredar.

Menurut Lutin, beliau telah membuat liputan mahkamah sejak sekian lama namun tidak pernah dikasari.

“Inilah kali pertama saya terkejut melihat orang bertindak keterlaluan sehingga menyerang wartawan.

“Lagipun saya tak bersalah dan hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai media, saya tahu dia seorang anggota kastam dan tidak patut bertindak sedemikian terhadap kami media,” katanya tanpa menjelaskan tindakan selanjutnya selepas ini berikutan insiden tersebut. – MGazette

2 thoughts on “Video: Jurukamera RTM Diugut Dan Nyaris Dipijak Pegawai Kastam?

  • September 23, 2014 at 9:24 am
    Permalink

    “Lagipun saya tak bersalah dan hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai media, saya tahu dia seorang anggota kastam dan tidak patut bertindak sedemikian terhadap kami media,” katanya tanpa menjelaskan tindakan selanjutnya selepas ini berikutan insiden tersebut. –

    Ini lah yang akan diperkatakan oleh sebahagian jurugambar bebas atau tidak bebas apabila pekara ini belaku…tapi ada satu pertanyaan pada jurugambar bebas atau tidak bebas ini “jika yang terlibat itu (sedang di di siasat ” itu sedang di USUNG ke makamah adalah KELUARGA meraka,adakah meraka ini akan berpusu-pusu mengambil gambar seperti yang meraka lakukan sekarang?????

    Reply
    • September 23, 2014 at 10:17 am
      Permalink

      Zulbahri…bila kerja mesti amanah…bagi jurukamera dan wartawan akan patuhi etika laporan berita dan sesekali tidak akan tukar shot pegawai kastam tu dengan gambar sekumpulan lembu atau monyet untuk laporan berita. Ada faham?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.