Tony Phua Sedia Minta Maaf Jika Hadi Mohon Maaf Pada Azizah

Petaling Jaya – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau bersedia memohon maaf kerana memanggil Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘nyanyuk’ jika presiden PAS itu meminta maaf kepada Presiden PKR atas komennya terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Biar saya katakan secara terbuka – saya tidak teragak-agak untuk menjadi orang pertama memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Hadi Awang jika beliau juga memohon maaf kepada Kak Wan…,” katanya.

Dalam Facebooknya, Pua berkata itulah perkara yang betul untuk dilakukan oleh seorang pemimpin agama.

Beliau dilaporkan memanggil Hadi nyanyuk kerana presiden PAS itu berkata beliau tidak menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor kerana beliau tidak mahu ‘ahli-ahli PAS masuk neraka’.

“Dah nyanyuk ke?” itulah respon Pua terhadap kenyataan Hadi itu, menurut laporan pada Rakyat Post.

Pua mengulas surat terbuka dari individu yang kelihatan seperti penyokong PAS, yang menggesa MP Petaling Jaya Utara itu memohon maaf.

Kenyataan Hadi itu dibuat dalam muktamar tahunan PAS minggu lalu di Johor, di mana kumpulan ulama terus menentang pencalonan Wan Azizah dan juga ahli PAS yang menyokong presiden PKR itu.

Pua berkata beliau merindui “PAS lama PAS” yang telah bekerjasama  rapat dengan rakan-rakan dalam Pakatan.

Katanya, beliau ada ramai kawan baik dalam PAS yang merupakan pemimpin yang hebat, tetapi mendakwa mereka jelas dipinggirkan walaupun oleh parti mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.