KPDNHEP P. Pinang Serbu Premis Simpan Diesel Subsidi Melebihi Had

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM – Mengisytiharkan hanya memiliki minyak diesel bersubsidi 35,000 liter iaitu masih dalam had yang dibenarkan.

Bagaimanapun pemeriksaan sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang ke atas sebuah stor simpanan barang kawalan berjadual, di sini, ternyata wujud unsur penipuan sebelum terbongkarnya aktiviti penyelewengan barang kawalan berkenaan.

Pengarah KPDNHEP negeri, R S Jegan berkata, pihaknya mengadakan serbuan ke atas premis berkenaan pada jam 9.45 pagi tadi selepas mengadakan risikan sejak empat hari lalu.

Katanya, premis yang mempunyai lesen barang kawalan itu dibenarkan menyimpan 100,000 liter minyak diesel, namun pemeriksaan mendapati terdapat 171,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM342,180 yang ia melebihi had ditetapkan.

“Sebelum itu, dia (pemilik premis) membuat pengisytiharan palsu menyatakan dia hanya memiliki 35,000 liter minyak diesel.

“Namun sebaliknya, terdapat 171,000 liter minyak diesel disimpan dalam premis berkenaan yang ia sudah melebihi had,” katanya ketika mengadakan pemeriksaan di stor berkenaan, di sini, hari ini.

Jegan berkata, premis yang beroperasi sejak 2020 itu adalah kali kedua diserbu pihaknya.

“Minyak diesel ini mereka kutip di stesen minyak sekitar negeri ini dan pindahkan ke lori-lori tangki yang diubahsuai.

“Apa yang kita dapati modus operandi yang digunakan adalah mereka melakukan aktiviti penyelewengan ini pada awal pagi sekitar jam 1 atau 2 pagi bagi mengelak perbuatan mereka diketahui,” katanya.

Jegan berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan empat lelaki warga tempatan untuk tindakan selanjutnya.

“Pada masa sama, kita merampas kesemua 171,000 minyak diesel termasuk menyita sebuah lori kanvas dan dua lori tangki dengan keseluruhan anggaran nilai rampasan adalah RM532,180,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat