Rizab Antarabangsa Bank Negara Menyusut RM3.35 Bilion Lagi

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut AS$800 juta (RM3.35 bilion) kepada AS$103.1 bilion (RM431.1 bilion) pada 15 Ogos 2019 daripada AS$103.9 bilion (RM434.45 bilion) dicatatkan pada 31 Julai 2019.

BNM dalam kenyataan berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.8 bilion (RM404.76 bilion); kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa, AS$1.2 bilion (RM5.02 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR), AS$1.1 bilion (RM4.60 bilion); emas, AS$1.8 bilion (RM7.53 bilion) dan lain-lain aset rizab, AS$2.2 bilion (RM9.2 bilion),” katanya di sini hari ini.

Menurut bank pusat itu, aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain lain termasuk SDR berjumlah RM427.04 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.20 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.91 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM11.91 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM140.63 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.96 bilion), deposit institusi kewangan (RM158.71 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.84 bilion), deposit lain (RM1.53 bilion), kertas Bank Negara (RM20.56 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion), dan liabiliti lain (RM2.43 bilion). – UTUSAN

 

Sekilas info Rizab Antarabangsa BNM dalam tempoh 15 bulan (15 Mei 2018 – 15 Mei 2019):

15 Mei 2018 – AS$109.4 Bilion

15 Ogos 2019 – AS$103.1 Bilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.