Dr Mahathir Sertai Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negara

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.

Perdana Menteri yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu ungu, tiba pada 8.10 pagi sebelum menyertai jemaah di dewan solat utama.

Beliau turut diiringi isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, turut menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestasi penyerahan kepada pencipta’.

Beliau menyeru supaya umat Islam bertawakal kepada Allah SWT, sekali gus menjadikan masyarakat berkasih sayang.

“Kita perlu berserah diri dan bergantung kepada Allah SWT.

“Dengan ujian yang diberikan memperlihatkan kebergantungan kepadaNya,” katanya. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.