AMK Dakwa Peraturan Kempen Pemilihan PKR Terlalu Ketat

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peraturan baru yang ketat oleh Jawatankuasa Pusat Pemilihan (JPP) untuk calon-calon pemilihan parti itu tidak praktikal bagi semua calon.

Ujarnya, beliau dan beberapa lagi calon dalam pemilihan itu akan membangkitkan isu ini di peringkat nasional kerana peraturan baru itu tidak memihak kepada ahli parti di peringkat akar umbi.

“Kalau tetapkan 100 orang ahli dan majlis tertutup agak kritikal. Yang lain tiada masalah.

“Kita akan bangkitkan isu ini perkara itu. Saya akan bincang dengan rakan-rakan dalam parti yang bertanding dan mereka rasa perkara itu patut difikirkan semula,” katanya ketika ditemui dalam majlis serahan daging korban di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak hari ini.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa turut menyumbangkan 17 ekor kambing di seluruh Setiawangsa bagi tujuan itu.

Ahad lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Pemilihan PKR, Datuk Rashid Din mengemukakan pekeliling bertajuk “Etika kempen pemilihan parti”.

Pekeliling itu jelas menghalang semua calon daripada mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan besar-besaran dengan kehadiran lebih 100 orang.

Calon yang melanggar peraturan baru ini berdepan risiko tindakan tatatertib atau disingkirkan daripada bertanding dalam pemilihan parti sama sekali.

Ia adalah penambahan kod etika pemilihan yang diedarkan oleh Setiausaha Agung parti pada 26 Jun.

Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata semua peraturan itu adalah bidang kuasa JPP.

“Etika dalam parti itu ada, tapi kuasa JPP untuk keluarkan kuasa itu kepada pemilihan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

One thought on “AMK Dakwa Peraturan Kempen Pemilihan PKR Terlalu Ketat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.