Video: SAMM Serah Bukti Isu Unisel-Jana Niaga Pada SPRM

SHAH ALAM  – Solidariti anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini tampil di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) di sini tadi bagi menyerahkan dokumen tambahan berkenaan isu Universiti Selangor (Unisel) dan Jana niaga Sdn Bhd.

Menurut Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), beliau hadir ke SPRM ini untuk menyerahkan satu set dokumen yang beliau perolehi lebih daripada sebulan lalu.

“Hari ini saya hadir ke Pejabat SPRM Negeri Selangor bagi membuat laporan berkenaan satu set dokumen yang saya perolehi lebih dari sebulan yang lepas.

“Satu dokumen mengandungi perjanjian antara Unisel- Jana Niaga Sdn Bhd, beberapa suraf antara Unisel – Jana Niaga dan beberapa keping invoice pembayaran, dokumen perundangan dan berbagai lagi,”katanya ketika ditemui media di pejabat SPRM Shah Alam tadi.

Maklumat ini didakwa berkaitan dengan isu pembayaran Menteri Besar Incorporated (MBI) ke atas Jana Niaga Sdn Bhd bagi projek di Unisel.

Isu yang melibatkan UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung perkara itu yang didakwa meragukan.

Dalam pada itu beliau turut mempertikaikan bahawa kerajaan yang kononnya ingin memberi pendidikan percuma kepada anak selangor tidak kesampaian sebaliknya mereka memberi tekanan kepada Unisel Sehingga mengakibatkan kedudukan Unisel dalam ranking Universiti di Malaysia jatuh.

“Tiba hari ini kamu beri tekanan kepada anak-anak untuk belajar sehingga ranking unisel turun.

“Orang yang perlu bertanggungjawab adalah orang yang paling atas,” ujarnya.

Terdahulu, SPRM telah menyerbu Unisel Kampus Shah Alam, pejabat Jana Niaga Sdn Bhd, Desa Pandan dan Pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di Shah Alam pagi tadi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.