Pasukan Berbasikal Negara Rangkul Pingat Emas

KUALA LUMPUR – Malaysia merangkul emas acara basikal ujian masa berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berakhir di Dataran Nilai, sebentar tadi.

Skuad negara yang diperkuatkan oleh Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Nik Mohd Azwan Zulkiflie serta pasangan kembar Muhammad Ameen dan Muhammad Ameer Ahmad Kamal, mencatat kepantasan masa 1:01.37s.

Pingat perak pula dimenangi oleh Thailand dengan catatan masa 1:01:56s manakala gangsa menjadi milik Vietnam dengan masa 1:02:00s. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!