‘Isa Masih Ketuai SPAD Kerana Belum Terbukti Salah’

Penahanan dan siasatan terhadap pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Isa Samad tidak menjejaskan operasinya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Katanya, Isa cuma pengerusi bukan eksekutif dan kegagalannya hadir dalam mesyuarat tidak memberi kesan kerana pesuruhjaya lain boleh dilantik sebagai pengerusi sementara mesyuarat.

“Seperti kamu boleh lihat, kita bekerja macam biasa.

“Ia tidak ganggu tugas biasa kami,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga berkata Isa masih menjadi pemangku pengerusi SPAD kerana masih belum dibuktikan atas sebarang kesalahan atau jenayah.

Pelantikan pengerusi SPAD juga, tambahnya lagi, bawah prerogatif penuh perdana menteri.

 

Isa, veteran Umno dan bekas pengerusi Felda, sedang berdepan siasatan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setakat ini, pejabat SPAD dan tiga rumahnya telah digeledah dan SPRM juga merampas wang tunai RM100,000 daripada peti besinya.

Isa dibebaskan semalam selepas perintah reman lima harinya tamat.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.