TMJ Kongsi Gambar Putri Sulung

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim malam tadi, berkongsi gambar puteri sulungnya menerusi di laman Facebook Johor Southern Tigers, beberapa jam lalu.

 

Baginda turut menulis kapsyen “Selamat malam kepada semua penyokong JDT di seluruh dunia. Kekal positif.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan —– Goodnight to all JDT family around the world. Stay positive.

 

“HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and YM Che Puan Khaleeda.
Hidup Johor Demi Johor,” tulis Baginda.

 

 

Beberapa keping gambar puteri baginda, Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah menjadi bualan hangat dan dikongsikan kembali dilaman instagram oleh ribuan pengikut setia baginda, hari ini.

 

 

Ramai yang memuji kecomelan puteri kerabat di raja Johor itu. Tidak kurang juga ada yang berpendapat wajah puteri baginda mirip isteri baginda, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

 

 

“Comelnya pipi dia, geram tengok,”kata Nur_nuriah.

 

 

Dexandra berkata, “Comel dan banyak ikut muka bondanya.”

 

 

Rata-rata yang melihat gambar puteri sulung baginda amat tertarik dengan kecomelan kerabat di raja Johor itu.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.