‘Dah Besar Jangan Menyombong Macam Si Anjing Tu’ – Chef Wan

Kuala Lumpur – Artis selebriti popular tanah air, Datuk Chef Wan sekali lagi mencuri perhatian masyarakat apabila mengeluarkan kata-kata kesat berbaur hinaan melalui laman media sosialnya.

 

Terbaru Che Wan sekali lagi menghamburkan kemarahannya terhadap keluarga adik perempuannya yang dikatakan bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang atas kenyataannya sebelum ini.

 

“Jgn dah besar buat perangai menyombong mcm si Anjing tu sudah la! Gelak saya mendengar why my sister kata he tried to influenced some of the nephew and nieces to raised money nak cari Lawyer to sue me!

 

“Non of them pay attention to his request. Masing2 nak ganti seluar dalam tu Atok tengok dah berkarat di ampaiyan dan esok lusa dah boleh buat roti jala lagi ada nak sue me?” tulisnya melalui akaun Instagram lewat malam tadi.

 

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada keluarga adik perempuanya, Rosenah Ismail yang dikatakan bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

 

Beliau turut menyalahkan adik perempuanya itu kerana dikatakan menyokong tindakan anak-anaknya.

 

“Yang Mak bapak pulak jika anak tu buat kesilapan ada la tanggung jawab kita memperbetul kan ini dan bukan menyebelahi mereka.

 

“I am sure some of u who have been through this among our siblings knows exactly what i am talking about!” luahnya lagi.

 

Perang saudara itu tercetus apabila Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail bertindak memuatnaik gambar di Instagram yang memaparkan keluarga Rosenah sedang tidur di ruang tamu di rumah ibu mereka.

 

Tindakan itu kemudiannya mengundang pelbagai persepsi negatif di kalangan penyokong dan para peminatnya sehingga mengundang kemarahan ahli keluarga Rosenah.

 

Menurut anak lelaki Rosenah, mereka bakal mengemukakan saman malu terhadap Chef Wan kerana telah mengaibkan dan memfitnah keluarganya melalui gambar yang dimuatnaik itu.

 

Rentetan daripada itu, mereka saling ‘berperang’ dan menyalahkan antara satu sama lain. – SuaraTV

 

 

 

 

BACA: Chef Wan Bakal Disaman, Kerana ‘Anjingkan’ Adik Sendiri

 

 

BACA: ‘Anjingkan’ Adik Sendiri: ‘Sultan Melaka’ Murka Dengan Chef Wan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.