Zuraida Yakin Wan Azizah Jauh Lebih Mampu Dari Khalid Ibrahim

Shah Alam – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menegaskan yang presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar yang jauh lebih baik dan berkesan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, jika diberi peluang.

Katanya, Dr Wan Azizah mempunyai pengalaman lebih 16 tahun sebagai pemimpin parti dan memainkan peranan yang sangat penting dari hari pembentukannya sehinggalah ke hari ini.

Dan beliau melakukan tugasnya dengan penuh berkesan walaupun dari semasa ke semasa dibelenggu dengan kes-kes mahkamah yang melibatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Zuraidah.

“Barang diingat Wan Azizah adalah ketua pembangkang wanita yang pertama di Dewan Rakyat, jadi soal kemampuannya memimpin tidak perlu dipersoalkan lagi,” ujarnya kepada para pemberita ketika ditemui selepas pembukaan persidangan sayap wanita pada kongres parti itu yang ke-10 di sini Jumaat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mempertahankan keputusan partinya untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Tambahnya, soal setuju atau tidak setuju adalah sebahagian daripada asam garam dalam mana-mana gabungan atau pakatan politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.