Terselamat Dari Tragedi MH370, Namun Maut Ketika Nahas MH17

Ketika tragedi yang menimpa MH370 Mac lalu Ahmad Hakimi Hanapi, 29 yang sepatutnya bertugas, namun atas sebab-sebab tertentu beliau telah digantikan pada saat akhir oleh pembantu juruterbang lain.

Disebabkan beliau dilihat ‘terselamata’ dari menjadi mangsa misteri kehilangan pesawat tersebut.

Menurut datuknya Daud Ahmad, 80, ketika dimaklumkan mnegenai perkara itu beliau merasa lega kerana disebabkan arahan ‘ganti kerja’ itu telah ‘menyelamatkan nyawa Ahmad Hakimi’.

Saat itu dia begitu bersyukur, namun takdir menentukan cucu kesayangannya yang terselamat dalam tragedi lalu akhirnya ‘tetap’ terkorban dalam nahas pesawat MH17.

“Saat itu saya begitu lega. Sekiranya cucu saya bertugas pada hari itu dia (Ahmad Hakimi) sudah pasti menjadi salah seorang mangsa.

“Namun takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17. Semua ini ketentuan Ilahi,” katanya sebelum ini.

Ibu kepada Hakimi
Ibu kepada Hakimi

Tambah Daud, Ahmad Hakimi merupakan seorang cucu yang sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Katanya, Ahmad Hakimi sering kali membantu keluarga, malah sebelum penerbangan ketika itu dia sempat meninggalkan duit kepada ibunya untuk digunakan bagi menunaikan haji di Mekah.

“Ahmad Hakimi juga sering kali mengirimkan duit kepada saya. Baru-baru ini dia turut membantu memberi duit membaiki rumah saya di kampung,” katanya.

Allahyarham Ahmad Hakimi meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki telah menyertai MAS lebih empat tahun lalu sebagai pembantu juruterbang.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang namun sebulan sebelum tragedi tersebut suaminya itu ada sedikit kelainan yang ditunjukkan.

Apabila pulang dari kerja, beliau dilihat sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya, Abderrahman yang berusia lapan bulan itu.

Ahmad Hakimi (kiri) bersama isteri dan anak lelakinya, Abderrahman.
Ahmad Hakimi (kiri) bersama isteri dan anak lelakinya, Abderrahman.

Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

“Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya” katanya.

Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.

“Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.

“Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui,” katanya lagi.

 <%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.