Tak Nak Komen, Saya ‘Public Enemy’ Mahathir, Tapi Kerajaan Perlu Jawab Kritikan – Khairy

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menolak untuk memberi komen mengenai kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan kerana beliau sebelum ini merupakan “musuh nombor satu” Mahathir dan tidak mahu menimbulkan sebarang salah faham.

“Saya buat pendirian tak nak komen sebab saya tak nak berlaku salah faham.

“Daripada dulu lagi saya adalah ‘public enemy’ nombor satu Dr. Mahathir,” kata Khairy dalam sesi soal jawab Sukarelawan Muda BN di Empire Damansara semalam.

Khairy berkata, beliau tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dan menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengetahui sokongan beliau dan pemuda Umno.

Bagaimanapun Khairy berkata kerajaan perlu menilai dan menjawab kembali kritikan terhadap dasar mereka dari Mahathir yang berpengalaman sebagai perdana menteri selama 23 tahun.

Justeru, katanya, kerajaan perlu melihat sama ada teguran itu perlu diikut sebagai penambahbaikan atau perlu dipertahankan.

“Apapun perbezaan antara saya dan dia (Tun Mahathir), dia perdana menteri selama 23 tahun, jadi dia mesti ada pandangan sendiri. Bila dia cakap, kita dengar dan kita terima kritikan.

“Kita berterima kasih kepada beliau (Mahathir) atas kritikannya, tetapi kita tak boleh hanya berterima kasih dan membisu. Ada keperluan menilai isu yang dikritik,” tegas Khairy.

Mahathir dilaporkan pada 18 Ogos lalu menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

 

Menjawab kritikan

Khairy memberi beberapa contoh kritikan Mahathir yang boleh dijawab kerajaan Najib seperti pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) dan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam isu BR1M Khairy berkata pemberian bantuan itu lebih baik dan menjimatkan bagi menggantikan subsidi secara pukal yang terlalu membebankan negara.

Sementara itu dalam isu ISA pula, beliau secara peribadi mempertahankan tindakan memansuhkan akta yang dianggap sudah lapuk itu.

“Dalam ISA, walaupun turut disokong beberapa akar umbi, ia salah satu undang-undang lapuk.

“Ini pembaharuan kita perlu pertahankan. Apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir pada zamannya, ia OK, tetapi kita kena jawab untuk zaman kita,” kata beliau.

One thought on “Tak Nak Komen, Saya ‘Public Enemy’ Mahathir, Tapi Kerajaan Perlu Jawab Kritikan – Khairy

  • August 22, 2014 at 8:50 pm
    Permalink

    Apa yang OK? OK sebab you are made a minister and that you have to protect your own interest and position. Look around you and tell us that crime rate is very much reduced now and that people especially children are feeling a lot more safer to move about as they used to, years ago. Ask around, if the sense of security is getting better among us especially when you have your own children to look after these days. Missing children is a common topic nowadays. Crimes….you just name it, rampantly happenings if you care to look for them. Addicts, well….perhaps the least important these days that they may just past by unnoticed. Rapes and murders are not uncommon in medias daily news. What better solution do you have to overcome these menace. At least ISA serves its worth while being adopted and enforced. Don’t just utter something out of spites and dislikes for someone who had done so much for the nation in comparison to oneself who is yet to prove something worthy of achieving. Don’t be too conceited for frankly you have achieved nothing that we can be proud of. From what I can see you are only preparing better grounds for yourself for your own benefit and interest. Securing your position and wealth, the like of what Anwar is and has been. The kind that will apply all means and through all costs to get what you want.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!