#LIVEUPDATE Istiadat Penghormatan Jenazah MH17

Sepang – Hari ini bukanlah pagi yang menceriakan bagi seluruh rakyat Malaysia termasuk wartawan yang bertugas. Lebih sebulan kita semua menunggu mayat warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi menyayat hati ini. Hari ini kita sama-sama menunggu 20 jenazah termasuk 17 yang beragama Islam.

 

Keluarga mangsa nahas #MH17, tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja melihat pesawat tiba.

KLIA MH17 26

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLIA MH17 25

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur – Pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 9.54 pagi ini.

Jutaan warga Malaysia menyambut ketibaan 20 rakan senegara yang terkorban dalam nahas di timur Ukraine, menyaksikan peristiwa sedih apabila seluruh negara diisytiharkan berkabung hari ini.

Perhatian dunia akan tertumpu di Kompleks Bunga Raya KLIA yang mana keranda jenazah diturunkan dari pesawat khas itu.

Jalur Gemilang turut dikibar separuh tiang sebagai persediaan untuk bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi itu yang mengorbankan 298 orang termasuk 43 rakyat Malaysia pada 17 Julai.

Penantian memeritkan bagi 20 waris mangsa itu bakal berakhir dengan ketibaan jenazah, 37 hari selepas pesawat awam Boeing 777 ditembak jatuh yang mengejutkan seluruh dunia.

Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor antara orang kenamaan hadir di kompleks yang terletak bersebelahan bangunan terminal utama KLIA.

Seramai 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan semua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat.

Walaupun upacara itu akan disiarkan secara langsung oleh saluran stesen televisyen tempatan, orang ramai mula berkumpul di luar premis itu seawal 7 pagi untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Sehingga kini 30 mangsa warga Malaysia nahas itu telah dikenal pasti tetapi hanya 20 yang akan dibawa pulang hari ini selepas selesai menjalani prosedur ketat sebelum diserah kepada kerajaan Malaysia.

Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak.

Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching.

 

KLIA MH17 24

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.54 pagi: Ketibaan pesawat yang membawa jenazah nahas #MH17.

KLIA MH17 23

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

YB @hjhrohanikarim sedang menyelami perasaan rakan-rakan kru nahas MH17.  

KLIA MH17 22

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketibaan Seri Paduka Baginda, YDP Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

KLIA MH17 20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketibaan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib TUn Abdul Razak

KLIA MH17 21

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.51pagi: Lokasi terkini Penerbangan Malaysia (MAS) .

KLIA MH17 19

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.45pagi: Antara pemimpin kerajaan dan pembangkang yang hadir.

KLIA MH17 18

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.41pagi: Pesawat MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa MH17 telah melintasi ruang udara Perak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pagi ini.

KLIA MH17 17

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah laluan pergerakan jenazah hari ini:

 

1. MASTURA MUSTAFA

KLIA – Lebuh Raya Utara Selatan – Tol Senawang – Jalan Seremban – Kuala Pilah – Masjid Al-Taqwa Paroi – Tanah Perkuburan Paroi

 

2. AHMAD HAKIMI HANAPI

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya Putrajaya – Lebuh Persiaran Perdana – Masjid Putrajaya – Lebuh Presint 20

 

3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Susur Bukit Jalil – MRR2 – Wangsa Maju (Rumah) – Tanah Perkuburan Gombak

 

4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya Putrajaya – Lebuh Persiaran Perdana – Masjid Putrajaya – Lebuh Presint 20

 

5. DORA SHAHILA KASSIM

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Susur Jalan Kuchai Lama – Jalan Istana Baru – Jalan Duta – Jalan Semantan – Jalan Damansara – Masjid Al-Taqwa – Jalan Tun Muhd. Fuad – Tanah Perkuburan Bukit Kiara

 

6. FOO MING LEE

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

 

7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya Kesas – Susur Seksyen 20 – Nirvana Shah Alam

 

8. NG QING ZHENG

KLIA – Lebu Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

 

9. MABEL ANTHONY SAMY

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

 

10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Jalan Kuchai Lama – Nirvana Sungai Besi

 

11. ELISABETH NG LYE TI

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya MEX – Susur Bukit Jalil – MRR2 – Bulatan Kuari – Xiao En Bereavement

 

12. LEE HUI PIN

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya Kesas – Susur USJ – Rumah Mangsa – Nilai Memorial Park

 

13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN

KLIA – Lebuh Raya Elite – Lebuh Raya Kesas – Susur Banting/Klang – Jalan Ampuan Rahimah – Rumah Mangsa

 

14. ARIZA GAZALEE

KLIA – TUDM Kucing – Jalan Lapangan Terbang – Jalan Tun Jugah – Jalan Tun Razak – Jalan Marikan Salleh – Jalan Tun Sallehudin – Bulatan Bersik – Bulatan Mahkamah – Bulatan Sesco – Jalan Sarawak Golf Club – Jalan Masjid Negeri – Bulatan Semariang – Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan)

 

15. MUHAMMAD AFIF TAMBI

KLIA – TUDM Kucing – Jalan Lapangan Terbang – Jalan Tun Jugah – Jalan Tun Razak – Jalan Marikan Salleh – Jalan Tun Sallehudin – Bulatan Bersik – Bulatan Mahkamah – Bulatan Sesco – Jalan Sarawak Golf Club – Jalan Masjid Negeri – Bulatan Semariang – Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan)

 

16. AZRINA YAKOB

KLIA – L. Terbang Tekah, Taiping – Jalan Tekah – Masjid Al -Hidayah Assam Kumbang – Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah – Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang

 

17. HASNI HARDI PARLAN

KLIA – LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat (Helikopter) – Masjid Jamek Segamat – Jalan Johor Bahru (KM185 – KM198) – Segamat – Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas

 

18. MOHD. ALI MD. SALIM

KLIA – IKBN Pagoh (Helikopter) – Jalan Pagoh – Pekan Pagoh – Jalan Sengkang – Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan)

 

19. RAHIMMAH NOOR

KLIA – LTAS Ipoh (Hercules C-130) – Jalan Persiaran Azlan Shah – Jalan Azlan Shah – Jejantas Jalan Gopeng – Jejantas Pantai Puteri – Jalan Tambun – Jalan Tambun Ampang – Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama

 

20. CHONG YEE PHENG

KLIA – LTAS Ipoh LTAS – Jalan Persiaran Azlan Shah – Rumah

 

Antara petugas media yang hadir, bersedia untuk merakam detik – detik ketibaan jenazah mangsa nahas MH17

KLIA MH17 16

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.30pagi: Wartawan agensi berita asing turut mengadakan siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa MH17 hari ini.

KLIA MH17 15

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemimpin kerajaan dan juga pembangkang turut sama menanti ketibaan jenazah.

KLIA MH17 14

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara Duta-duta antarabangsa yang turut hadir memberi penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya KLIA

KLIA MH17 12

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sedang berjumpa keluarga dan waris mangsa nahas #MH17

KLIA MH17 12

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.20 pagi: Antara Krew MAS yang pada ketika ini sedang berada di depan Kompleks Bunga Raya sambil membawa bunga putih.

KLIA MH17 11

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.16 pagi: Antara wakil-wakil agama yang hadir.

KLIA MH17 10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) sedang mengiringi ahli keluarga mangsa MH17 yang tiba dari Amsterdam, Belanda.

KLIA MH17 9

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9.10 pagi – Ada yang hadir dilihat mula membaca surah suci al-Quran.

KLIA MH17 8

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jalur Gemilang dikibar separuh tiang di Dataran Merdeka termasuk di tiang bendera utama.

 KLIA MH17 7

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KLIA MH17 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rejimen Askar bersedia untuk istiadat yang akan berlangsung beberapa jam lagi

KLIA MH17 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.45 pagi – Rakan sekerja dari Mas turut sama hadir memberi sokongan kepada ahli keluarga

KLIA MH17 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.30 pagi – MH17: Pengamal media mula mengambil tempat di ruangan Kompleks Bunga Raya KLIA

KLIA MH17 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.15 – SuaraTV kini turut berada di Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi membawakan laporan langsung  dari Kompleks Bunga Raya ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17. 

Suasana di perkarangan ke pintu masuk kompleks dibanjiri dengan wakil media massa dalam dan luar negara serta orang awam yang sama-sama menunggu detik ketibaan jenazah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.