“Saya dan ramai lagi sentiasa harapkan perpaduan ummah terjalin semula” – Fadhli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyambut baik penafian daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ini berhubung penafian bahawa adanya perbincangan di antara PAS dengan Umno dalam mewujudkan kerjasama menghadapi PRU16 nanti.

“Saya sambut baik penafian daripada Setiausaha Agung Umno ini berhubung penafian bahawa adanya perbincangan di antara PAS dengan Umno dalam mewujudkan kerjasama menghadapi PRU16 nanti.

“Sememangnya saya juga tidak menyebut adanya perbincangan untuk mewujudkan kerjasama, bahkan saya bukanlah berada di peringkat pembuat keputusan penting sebegini di dalam Perikatan Nasional dan juga PAS.

“Apa yang saya nyatakan kepada wartawan hanyalah menjawab soalan, ada bertemu ke dengan pemimpin Umno? Saya kata tentulah ada, jumpa di cafe parlimen, kenduri kahwin, terserempak di airport dan sebagainya. Bila berjumpa, berborak, begitu jelah.

“Saya sudah sebut kepada wartawan, ia bukan perbincangan formal, ia hanya ‘borak-borak biasa’ dan tak manis untuk saya sebutkan nama-nama yang terlibat,” jelas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam kenyataan pada Isnin.

Terkait soalan adakah wujudnya harapan untuk melihat adanya kerjasama terjalin?

Fadhli memaklumkan tentulah.

“Saya dan ramai lagi sentiasa mengharapkan agar terjalin semula perpaduan ummah atas kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu sebagai majoriti di negara ini, merangkumi semua parti-parti berteraskan Bumiputera.

“Sama ada ia berlaku atau tidak, masa akan menentukan,” ujarnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi DusukiTidak wujud sebarang perbincangan antara kepimpinan Umno dan PAS bagi membentuk kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Beliau berkata, spekulasi wujud perbincangan mungkin berlaku dalam kalangan ahli atau penyokong dan bukannya kepimpinan kedua-dua parti.

“Saya (sebagai) Setiausaha Agung Umno pun tidak tahu (ada perbincangan).

“Kalau nak berbincang, kena berbincang dengan kepimpinan. Perbincang dengan ahli, semua orang boleh berbincang.

“Macam saya dengar pemimpin PAS bincang dengan pimpinan PH (Pakatan Harapan) ada juga. Negara kita sentiasa mengamalkan demokrasi, boleh berbincang dengan semua orang,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat