Wani Hasrita, Aiman Tino Bakal Meriahkan Konsert Ekspresi Felda, Malam Ini

Penyanyi lagu Menahan Rindu, Wani Hasrita bakal memeriahkan konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia, malam ini, yang diadakan di Dataran Putrajaya.

Selain Wani atau nama penuhnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah, penyanyi Aiman Tino akan turut serta dalam konsert itu.

Artis lain adalah Mawi, Sufian Suhaimi dan Rahmat Ekamatra. Konsert berkenaan akan bermula pada pukul 9 malam.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Peneroka 2017 ini di samping menyaksikan sendiri kisah kejayaan Felda sebagai skim tanah paling berjaya di dunia.

Ayuh penuhi jadual temujanji anda dengan pelbagai acara menarik yang disajikan kepada semua pengunjung pada karnival yang akan berakhir esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.