Video : Skuter Elektrik Velocifero Jadi Tumpuan Pengunjung Hari Peneroka Felda

PUTRAJAYA – Skuter Elektrik Velocifero adalah antara satu gerai tumpuan pengunjung pada Hari ke 2 Peneroka Felda 2017 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Selain digunakan untuk bersiar-siar, ia juga boleh dibawa ke mana sahaja termasuk jalan berpasir, berbatu dan di laluan air bertakung.

Beriadah menggunakan jentera elektrik lebih seronok berbanding bermain papan selaju, berbasikal, mendaki gunung, memanjat dinding batu atau berjoging yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan belia.

Menurut Pengurus Besar, Maison Moments Sdn Bhd, Aimal Safuan berkata, skuter elektrik ini sesuai dibawa ke mana sahaja selain boleh dilipat dan direka sesuai untuk kegunaan di atas jalan, kelebihannya juga disifatkan sebagai mesra persekitaran kerana tidak mengeluarkan karbon monoksida seperti motosikal.

“Velocifero tak perlukan lesen dan roadtax. Cuma apa yang disarankan JPJ ialah perlu melalui laluan basikal jangan mengganggu laluan utama, itu sahaja.

“Untuk skuter ini ia terbahagi kepada empat jenis model paling rendah sekali dia punya tahap kelajuannya ialah 15 Kilometer sejam dan paling laju adalah 13 Kilometer sejam. Skuter ini mempunyai bateri boleh tahan antara 30 hingga 35 kilometer,”katanya ketika ditemui SuaraTV di gerai bersempena sambutan peneroka Felda 2017.

Sehubungan itu, menurutnya, mengulas mengenai penjagaan skuter elektrik katanya ia sangat mudah.

“Ini kerana ia ibarat penjagaan basikal. Kebanyakan masalahnya pun cuma brek sahaja,”katanya.

Terdahulu, ramai yang menyangka lesen memandu atau cukai jalan diperlukan untuk menunggang skuter elektrik. Ia hanya perlu kemahiran menunggang dan menjaga aspek-aspek keselamatan.

Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan kerana skuter elektrik itu tahan lasak dan baterinya mampu bertahan dan mampu bergerak sejauh 30 kilometer (km).-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.