Video : Malaysia Explorer Grand Slam 2017 Ekspedisi Terbaharu KE7B

KUALA LUMPUR – Satu lagi Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) yang akan menjadi ekpedisi terbaharu kelab itu.

Penasihatnya, Datuk Akmar Hisham Mohles berkata, Malaysia Explorer Grand Slam 2017 akan menjadi ekspedisi terbaharu kelab itu nanti.

“Kali ini kita akan mengadakan satu lagi ekspedisi yang akan dilakukan presiden KE7B (Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin) di Kutub Selatan selama 7 hari untuk melengkapkan syarat beliau bergelar seorang daripada 60 penjelajah di dunia yang mendapat grand slam explorer.

“Hari ini kita mengumumkan dahulu nama ekspedisi kita dan maklumat lanjut berhubung ekspedisi ini kita akan umumkan di majlis pelancaran rasmi nanti,”katanya di temui pada majlis rumah terbuka KE7B di Pantai Dalam, tengahari tadi.

Sementara itu, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35 berkata, sebelum ini beliau telah menghabiskan penjelajahan ski di Kutub Utara setelah tamat ekspedisi di Kutub Utara.

Qabin berkata, ekspedisi secara ski sejauh 120 kilometer itu dijangka mengambil masa selama tujuh hari.

Sehubungan itu, Qobin bakal diiktiraf menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya menamatkan misi ekspedisi ekstrem di seluruh dunia.

Ini kerana beliau sekali gus melengkapkan cabaran penjelajahan di pelbagai negara bermula dengan misi Tujuh Puncak Tujuh Benua (2010), Berski Di Kutub Utara (April 2017) dan Berski Di Kutub Selatan (Disember 2017).

Mengulas lanjut berhubung misi ini, menurutnya, beliau telah dinasihatkan oleh Datuk Akmar supaya melaksanakan ekspedisi Grand Slam tersebut.

“Saya dinasihatkan (Datuk) untuk saya melaksanakan ekspedisi Grand Slam ini yang hanya 60 orang sahaja dalam dunia yang telah menamatkan ekspedisi ini. Malah, sebahagian besar tidak tercapai untuk menamatkan ekspedisi ini sehingga tamat.

“Di sana nanti saya perlu berski di sejauh 120 kilometer sekurang-kurangnya untuk menamatkan ekspedisi Grand Slam. Kerana ini satu ekspedisi pencapaian yang paling tinggi diperingkat antarabangsa dan diiktiraf di dunia dimana ia dianggap kita telah menamatkan ekspedisi tujuh puncak tertinggi tujuh benua, berski di Kutub Utara dan Kutub selatan,”katanya.

Sebelum ini, kelab KE7B telah menyempurnakan ekspedisi ke Kutub Utara itu menjadi ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B 7 Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.