Video : ‘Mak Cik Lebih Handal Berbanding Chef Profesional’ – Chef Wan

PUTRAJAYA – “Jika kita lihat, mak cik- mak cik yang memasak lebih handal daripada Chef profesional,”kata Datuk Chef Wan yang mengadili Pertandingan Memasak Dapur Felda, yang berlangsung di sambutan Hari Peneroka Felda 2017 di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rasa masakan yang di pertandingkan antara Felda di peringkat negeri seluruh Malaysia.

Menurutnya biarpun masakan tradisional mereka menampilkan menu yang hampir sama bagi masakan warisan, namun rasanya sangat sedap seperti sajian warisan yang tidak lapuk dek zaman.

“Ada beberapa orang yang saya lihat ada menampilkan pembaharuan dalam masakan mereka,”katanya yang ditemui SuaraTV selepas menjadi juri Pertandingan Memasak Dapur Felda, hari ini.

Sementara itu, peserta Felda daripada Wilayah Alor Setar, Felda Bukit Tembaga, Rashidah Saari, 56 dan anaknya, Zulkifliwan Ayub yang menampilkan masakan pais ikan nasi ulam, jus buah naga three layer dan puding chia seed telah memenangi tempat pertama dengan wang tunai RM1,000 dan hamper 150 beserta sijil penghargaan.

Manakala tempat kedua dimenangi Mohd Saifuldin Hashim, 28 dan Wan Muhd Faridjam Muhamad, 26. daripada Felda Keningau 6, Terengganu yang menampilkan puding roti bakar kuah kastard apricot dan Teh Hijau Honey Dew telah memenangi wang tunai RM700, hamper saji RM150 berserta sijil penghargaan.

Tempat ketiga pula daripada Felda Sahabat 1 Anjung Teduh, Lahad Datu Sabah, Ketua Wanita Umno Cawangan lahad Datu, Kasmah Adir yang menampilkan Bahai dan puding roti durian memenangi wang tunai RM500, hamper RM150 dan sijil penghargaan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.