TMJ Makan Malam Bersama Cristiano Ronaldo

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo.
 
Menerusi perkongsian Facebook milik Johor Southern Tigers, “DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo sebelum berlepas ke Terengganu keesokan pagi untuk menghadiri Mesyuarat Exco FAM dan sesi bertemu penyokong bola sepak tanahair pada 22hb Julai 2017. Allah Peliharakan Sultan.
 
“Kepada Allah Kami Bersera #HarimauSelatan
#SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth,” tulis status itu.

Terdahulu, menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Cristiano Ronaldo tiba di negara Singapura pada Jumaat bagi mengunjungi rakan baiknya, usahawan terkemuka Peter Lim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.