Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Di Turki, Greece

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Richter di Bodrum, Turki dan Pulau Kos, Greece pada pukul 6.31 pagi (waktu Malaysia), pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada malam tadi melahirkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu.

Ia menyarankan mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat kesan bencana itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di alamat 58, Mahatma Gandhi Caddesi, 06700 Gaziosmanpaşatau di talian +(90-312) 4463 547 / 548 atau menerusi emel mwankara@kln.gov.my, lapor Bernama.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam gempa bumi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.