Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Gempa Bumi Di Turki dan Greece

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti sehingga kini menjadi mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Richter di Bodrum, Turki dan Pulau Kos, Greece pada pukul 6.31 pagi (waktu Malaysia), pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada malam tadi melahirkan  rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu.

Ia menyarankan mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat  kesan bencana itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di alamat 58, Mahatma Gandhi Caddesi, 06700 Gaziosmanpaşa atau di talian  +(90-312) 4463 547 / 548 atau menerusi emel  mwankara@kln.gov.my

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 200 cedera dalam gempa bumi itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.