Tak Sampai 5 Minit Telefon Lesap Kene Ambil

“SAYA terlena tak sampai lima minit, sedar-sedar telefon sudah dicuri,” kata Fadzilah Abu Samah, 48, yang kehilangan telefon bimbit jenis Samsung J3 di ruang solat Masjid Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Fadzilah meletakkan telefon bimbit di bawah badan sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, ketika terjaga, dia dapati telefon bimbit sudah hilang.

“Ketika itu tak ramai jemaah lain di dewan solat, jadi saya baring seketika lalu terlena, langsung tak sedar bila telefon bimbit saya dicuri,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan ahli jawatankuasa masjid, dia meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati perbuatan itu dilakukan oleh seorang lelaki.

Katanya, lelaki itu mulanya menunaikan solat tidak jauh dari tempat dia berbaring.

“Selesai solat, lelaki itu turut baring berhampiran saya. CCTV merakam gelagatnya yang dalam keadaan berbaring memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bangun menuju ke arah saya dan mencapai telefon bimbit saya,” katanya.

Menurutnya, kehilangan telefon bimbit itu menyebabkan banyak urusan kerjanya terbantut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Azfanizar Ahmad mengesahkan menerima laporan kecurian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.