Salji Luruh Di Kucing Jadi Tular

Sejak petang semalam rakaman video fenomena ‘salji’ yang dipercayai berlaku di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak menjadi tular di media sosial.

Fenomena unik itu telah menarik perhatian netizen dan ada yang menyifatkan keadaan itu seolah-olah sedang berada di New York dan Jepun.

Faktanya, fenomena ‘salji’ itu sebenarnya kekabu dari pokok kekabu di sekitar Padang Merdeka.

Menurut sumber yang dikongsikan di laman sosial, pokok kekabu di Padang Merdeka itu bernilai RM1.3 juta.

“Pokok kekabu di Padang Merdeka sudah berusia 90 tahun dan berasal dari Amerika Tengah. Ia berharga Rm1,300,888.60,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.