Rumah Putih Diminta Pelihara Rekod Pertemuan Anak Trump

Peguam khas yang menyiasat kemungkinan wujud pakatan antara kempen Presiden Donald Trump pada 2016 dengan Rusia, telah meminta pegawai Rumah Putih untuk memulihara apa-apa rekod mengenai pertemuan anak lelaki presiden itu dengan seorang peguam Russia tahun lalu, demikian menurut sumber yang mengetahui tentang permintaan itu.

Peguam khas Robert Mueller, menghantar permintaan itu kepada Rumah Putih, dengan herkata pertemuan pada Jun 2016 yang dihadiri Donald Trump Jr di Trump Tower di New York adalah relevan dengan penyiasatannya, kata sumber itu pada hari Jumaat.

Peguam Rumah Putih menyampaikan permintaan itu – satu rutin di peringkat awal penyiasatan – kepada pegawai lain Rumah Putih pada hari Rabu, kata sumber itu.

Berita awal bulan ini mengenai pertemuan antara anak sulung Trump itu dengan seorang peguam Russia, yang dia diberitahu memiliki maklumat negatif mengenai pesaing ayahnya, calon Demokrat Hillary Clinton, telah mencetuskan persoalan mengenai pakatan kempen dengan Moscow. Presiden Republikan itu telah mempertahankan pertemuan anaknya itu sebagai politik mudah.

 

Mueller, yang dilantik oleh Jabatan Keadilan pada bulan Mei, sedang menyiasat tuduhan agensi perisikan AS bahawa Russia campur tangan dalam pilihan raya presiden dan potensi wujud pakatan dengan kempen Trump, satu isu yang telah melanda pentadbirannya yang berusia enam bulan.-Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.