Puteri Charlotte, Enggan Menaiki Pesawat

Mengamuk…Puteri Charlotte, yang merupakan anak kepada Duke dan Duchess of Cambridge menunjukkan ragamnya apabila dia mengamuk kerana enggan menaiki pesawat di Hamburg, pada hari terakhir lawatan keluarga diraja Britain itu ke Jerman dan Poland.

Ibunya, Kate, 35, terpaksa memujuknya. Charlotte sebelum ini tidak membuat sebarang masalah malah menunjukkan sikap mesra dengan orang ramai.

Mungkin disebabkan mengantuk, Charlotte menguap dan menggosok matanya.

Namun selepas dipujuk oleh ibunya, Charlotte kembali tenang dan melambaikan tangan sebelum menaiki pesawat untuk pulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.