Propaganda Lucu Penyokong Mahathir Berkaitan GST 6 Peratus dan Gaji Minima

OutSyed the Box kembali dengan propaganda putar belit bahawa GST 6% kita telah menyebabkan kerja-kerja berpindah ke Vietnam dan Thailand.

Mungkin beliau tidak tahu bahawa GST Vietnam ialah 10% dan Thailand adalah 7%?

Beliau juga berkata gaji minimum kita bernilai RM1,000 sebulan telah menyebabkan beberapa kilang telah ditutup kerana ia menyebabkan Malaysia menjadi negara yang kurang kompetitif dari segi kos – maka beberapa kilang berpindah ke Vietnam dan Thailand.

Jika itulah perkaranya, maka tidak ada masalah.

Adakah OutSyed pernah bertanya berapa ramai orang tempatan yang mahu bekerja kilang dengan gaji RM1,000 sebulan?

Tidak ramai.

Ini bermakna bahawa rancangan kerajaan untuk naik rantaian nilai untuk menjadi negara berpendapatan tinggi berkesan.

Malaysia tidak perlu dan tidak mampu lagi untuk menjadi negara pembuatan yang bersaing hanya pada asas kos terendah.

Ini bermakna gaji kita akan sentiasa pada tahap yang rendah kerana kita perlu bersaing dengan Vietnam dan Thailand yang mempunyai gaji yang jauh lebih rendah.

OutSyed sedang menunjukkan pemikiran tipikal Mahathir dalam mahu berterusan memastikan rakyat Malaysia mempunyai gaji yang rendah.

Memandangkan kilang-kilang seperti BAT dan Tien Wah (237 pekerja), yang membekalkan kertas bercetak kepada BAT ditutup, kilang-kilang dan industri-industri lain telah dibuka atau dikembangkan – seperti Spirit AeroSystems yang membuat komponen sayap komposit Airbus A350 dan Boeing 787 dan menambahkan 300 kerja di Malaysia.

Untuk penutupan Seagate dan WD pula, tolong beritahu OutSyed bahawa syarikat-syarikat ini membuat ‘hard disk’ – dan pasaran untuk ‘hard disk’ sedang mengecil memandangkan dunia bergerak meninggalkan komputer dan bergerak ke arah peranti yang tidak mempunyai ‘hard disk’ tetapi mempunyai ‘flash storage’.

Beritahu OutSyed untuk dengar juga apa yang Guan Eng katakan mengenai penutupan Seagate dan WD di Pulau Pinang yang bermakna kehilangan 3,000 dan 1,200 pekerjaan – kebanyakkannya adalah pekerja asing.

Sektor pembuatan Pulau Pinang mempunyai lebih 20,000 peluang pekerjaan, menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Tindakan penstrukturan semula dibuat setiap masa, jadi akan adanya kehilangan pekerjaan dan peluang pekerjaan yang baru. Syarikat baru masih terus masuk ke Malaysia sementara yang sedia ada seperti JA Solar semakin berkembang,” menurut Guan Eng.

Tolong juga beritahu OutSyed bahawa Toyota, Top Glove, Paramit, JA Solar, Nestle, Boston Scientific, Taiki Jepun, Xinyi Glass dan banyak yang lain telah membuka atau bakal membuka kilang-kilang baru di Malaysia.

Dan bukan sahaja kilang-kilang baru dibuka tetapi industri perkhidmatan dengan gaji yang lebih tinggi (IKEA, Premium Outlet, Perak Animation Theme Park) di tengah-tengah ledakan pelancongan yang berterusan dan permintaan domestik yang meningkat secara berterusan.

Tolong beritahu OutSyed bahawa pelaburan pembuatan di Malaysia kekal kukuh dan meningkat pada 2016 berbanding 2015 – itulah sebabnya Malaysia telah mengalami peningkatan dalam eksport sebanyak dua digit sepanjang 7 bulan yang lepas termasuk peningkatan eksport yang menakjubkan sebanyak 32.5% pada Mei 2017.

Jika banyak kilang yang ditutup maka bagaimana kita memperoleh pertumbuhan eksport untuk pembuatan sebanyak 20% hingga 30%?

Tolong guna logik akal.

OutSyed hanya nampak 3 hingga 4 kilang yang ditutup tetapi tidak melihat berpuluh-puluh kilang yang dibuka atau yang berkembang ke arah industri perkhidmatan dengan gaji yang lebih tinggi.

OutSyed mengatakan bahawa 10,000 kerja telah hilang setakat tahun ini tetapi statistik rasmi menunjukkan jumlah keseluruhan pekerjaan di Malaysia telah meningkat dari 14.276 juta pada Disember 2016 kepada 14.454 juta pada May 2017 – satu peningkatan sebanyak 178,000 kerja.

Dan jika OutSyed masih bimbang bahawa akan adanya rakyat Malaysia yang telah kehilangan kerja gaji minimum mereka di kilang-kilang yang beliau sebutkan itu, tolong minta beliau beritahu rakyat Malaysia itu untuk bekerja di FGV yang terdesak mahukan 8,000 pekerja kerana mereka rugi RM2 juta setiap hari kerana kekurangan pekerja.

Saya yakin FGV akan menawarkan gaji yang lebih tinggi dari gaji minimum untuk pekerja tempatan – JIKALAULAH mereka mahukan pekerjaan itu.

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 22 Julai 2017

Link asal artikel:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.