Nur Dhabitah Gagal Raih Pingat 3m Papan Anjal Individu

KUALA LUMPUR – Penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di kedudukan ke-10  dalam acara 3m papan anjal individu wanita  di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary  awal pagi ini.

Dalam saingan akhir yang berlangsung di Duna Arena itu, Nur Dhabitah hanya mengumpul 292.35 mata berbanding pemenang pingat emas Shi Tingmao dari China yang mencatatkan 383.50 mata.

Pingat perak dan gangsa acara yang disertai 12 penerjun keseluruhan itu masing-masing diraih oleh Wang Han juga dari China (359.40) dan Jennifer Abel dari Kanada (351.55).

Terdahulu pada saingan separuh akhir,  seorang lagi peserta Malaysia, Ng Yan Yee terlepas peluang beraksi di peringkat akhir dengan perbezaan hanya 4.35 mata di belakang peserta Afrika Selatan, Julia Vincent selepas mengutip 285.30 mata dan berada di kedudukan ke-13. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.