Lelaki Kecewa Dihina Kerja Pakai Kostum Badut

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya apabila tugasnya sebagai seorang penghibur yang menyarungkan kostum badut dan Ultraman dihina individu.
 
Menerusi perkongsiannya di laman Facebooknya Badut Terengganu, lelaki itu memuat naik sekeping screenshot yang memaparkan komen seorang wanita yang menganggap pekerjaannya sebagai satu tindakan yang memalukan masyarakat Terengganu.
 
“Hina sangat ke kerja badut dengan Ultraman? Sampai dilabelkan buat malu orang Terengganu. Sedih mentaliti Terengganu masih begini,” tulisnya.
 
Sementara itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan komen wanita tersebut.

Ramai juga yang memberikan semangat kepada lelaki tersebut supaya meneruskan sahaja kerjanya kerana rezeki yang diperolehi merupakan rezeki halal.

“Tak payah layanlah orang gitu..” tulis Salehuddin Muhmad.
 
En Rayy menulis, “Teruskan usaha murni mencari rezeki yang halal..”.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.