Lagu Datuk Vida Tembusi Pasaran Negara Teluk?

“TAHNIAH Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa,” demikian ujar penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir berhubung lagu nyanyian Datuk Seri Vida ‘I Am Me’ yang berjaya menarik perhatian ‘orang Arab’.

Menerusi satu perkongsian di Facebooknya, Faizal dipetik sebagai berkata, “nyanyian ‘I Am Me’ kini ‘berkicau’ di Timur Tengah,”.

“Nah, di timur tengah, buat masa sekarang, Malaysia boleh,” tulis Faizal.

 

Perkongsian Faizal itu turut disertakan emoji senyum gembira dan imej ‘tepuk tangan’.

Terdahulu, Faizal berkongsi satu keratan video yang menunjukkan seorang lelaki dari Timur Tengah mengulas mengenai lagu ‘I Am Me’ dalam bahasa Arab.

Setakat ini, video perkongsian Faizal itu telah ditonton lebih daripada 36,000.

Sebelum ini, Sinar Online melaporkan usaha Datuk Seri Vida untuk tampil menyanyi ternyata tidak sia-sia, apabila bakat nyanyiannya berjaya menarik perhatian netizen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lagu nyanyian Datuk Vida ‘berhantu’…]

Difahamkan lagu nyanyiannya itu ternyata mencuit hati netizen malah kini mula kecoh dikatakan lagunya ‘berhantu’.

Sehingga kini, di platform Facebook, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih sejuta pengunjung sejak dimuat naik beberapa hari lalu.

Sebelum ini, single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.