Kurus Bukan Kerana Makan Hati Kata Hanez Suraya

Pelakon Hanez Suraya menegaskan dirinya kelihatan kurus bukan kerana makan hati atau pun dilanda sebarang masalah.

“Kini berat badan saya mencecah 45 kilogram. Saya kurus bukan kerana makan hati atau berduka. Saya kelihatan kurus kerana sibuk menjaga anak.

“Anak saya, Puteri Aleesya semakin membesar dan saya sendiri menguruskan anak di rumah selepas kurang aktif dalam bidang lakonan.

“Saya berkejar ke sana sini kerana Aleesya semakin ligat dan suka bermain. Mungkin berat badan saya susut kerana menjaga sama-sama ‘berlari’ dengan Aleesya,” seloroh Hanez.

Sudah tidak bergiat aktif dalam bidang lakonan, Hanez mengakui dirinya merindui suasana di set penggambaran, lapor AstroGempak.

“Sebelum berkahwin, saya memang aktif bekerja dan jarang lekat di rumah. Selepas berkahwin, semuanya telah berubah. 

“Kadangkala, rasa rindu untuk berlakon terbit tetapi saya akur dengan kehendak suami untuk saya tidak terlibat aktif lagi. 

“Namun begitu, saya masih menghadirkan diri ke acara-acara hiburan jika menerima sebarang jemputan,” katanya.

Dalam majlis tersebut, hampir 500 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Pasangan itu turut menjemput dan meraikan 100 orang anak yatim dan pelajar tahfiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.