Gadis Korea Pandai Menyanyi Lagu Melayu

Seorang gadis Korea ditemui sangat fasih berbahasa Melayu.

Seok Da-Hye, 24, peserta kategori antarabanga pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri Ke-11 ini, berasal daripada Korea Selatan.

Menurutnya, dia sebelum ini pernah mengunjungi Malaysia namun dia jatuh cinta dengan Bahasa Melayu yang menurutnya sangat unik.

Tambahnya, sudah lebih empat tahun dia mendalami Bahasa Melayu dan mempelajarinya di Surabaya dan Bali, Indonesia.

Menurut penuntut Hankuk University Of Foreign Studies ini juga, berkata dia meningkatkan penguasaan bahasa Melayunya adalah melalui bacaan dan latihan secara lisan.

“Setiap hari saya membaca terjemahan Al-Quran dan surat khabar berbahasa Melayu selain berkomunikasi dengan penuntut berbangsa Melayu yang berasal dari Malaysia dan Indonesia,” katanya, seperti memetik MyNewsHub.

Menurutnya, dia suka belajar bahasa asing dan terdapat ramai orang yang belajar Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, namun dia mahu belajar bahasa Melayu yang disifatkan lebih unik.

“Oleh itu, saya memilih Bahasa Melayu,” ujarnya.

Apa yang menarik lagi tentang Da-Hye juga adalah kebolehannya bukan sahaja berpidato tetapi juga menyanyi dalam Bahasa Melayu.

Katanya, dia amat meminati lagu-lagu hit Indonesia dan sering menyanyi lagu bahasa Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.