Chef Wan Meriahkan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia

Chef Wan hari ini memeriahkan sambutan hari kedua karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang diadakan di Dataran Putrajaya. Beliau menjadi juri pertandingan memasak yang diadakan pada karnival ini.

Pertandingan ini disertai 35 pasukan daripada 11 wilayah Felda di seluruh negara. Mereka akan memasak masakan tradisional dan makan tengah hari.

Hadiah utama adalah berupa wang tunai RM1,000 dan hamper bernilai RM150.

Bagi yang ingin mengunjunginya, jangan lepaskan peluang untuk menemui Chef Wan dan menyaksikan pelbagai acara menarik yang disediakan khas kepada semua.

Antara acara menarik hari ini adalah zumba, pertandingan futsal Parlimen, pentas muzik, dikir barat, mencari harta karun, filem pendek dan konsert bersama artis Felda dan selebriti.