Azharina berlapang Dada Soal Jodoh

PENYANYI popular Azharina mengakui sedang berkawan dengan seorang lelaki berstatus duda yang juga ahli perniagaan.

Bagaimanapun Azharina, 32, berkata hubungan mereka masih baru dan belum berputik rasa cinta.

“Kami berkenalan pada satu acara yang mana kebetulan saya membuat persembahan. Sejak itu kami berkawan, tak lebih daripada itu. Masih terlalu awal untuk bercakap lanjut mengenai perkenalan kami.

“Cuma apa boleh saya katakan, dia seorang yang matang, ‘cool’, tidak cemburu dan faham kerjaya saya. Paling penting, dia baik dengan anak saya,” katanya kepada Harian Metro.

Azharina yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketiga (GV 3) berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk berkahwin sekali lagi.

Dia juga enggan meletakkan sebarang harapan terhadap lelaki itu kerana masih trauma dengan perkahwinan terdahulu.

“Sejujurnya keluarga terutama bapa saya pun belum mengetahui perkara ini. Jadi saya tak nak terlalu bercerita perkara yang belum pasti.

“Saya hanya berserah dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepat jodoh, saya terima dengan berlapang dada. Bagi saya itu semua rezeki yang sudah tertulis,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.