Aktor Korea Cetus Kemarahan Peminat Beragama Islam

Aktor Korea, Yoo Ah In baru-baru ini memuat naik satu foto kontroversi di laman Instagram miliknya telah mengundang kemarahan peminat beragama Islam.

Foto yang disertakan dengan kapsyen #Samsara by Ron Fricke itu lantas mencetuskan perdebatan di kalangan pengikutnya.

Sesetengah peminat menyifatkan foto itu terlalu sensitif kerana menunjukkan wanita yang berpurdah berdiri di samping poster lelaki yang berbadan sasa dan separuh bogel yang didakwa seolah-olah memberi gambaran wanita Muslim bersikap hipokrit dalam mengamalkan ajaran Islam kerana berfantasikan seks, seperti memetik laporan MD.

Namun ada juga yang menyokong tindakannya dan menyifatkan ia hanya sekadar berkongsi mengenai minatnya pada seni yang ditunjukkan oleh artis Ron Fricke.

Sebelum ini, Yoo Ah In diketahui seorang yang cintakan hasil seni. Lagipun ada peminat beranggapan berdasarkan gambar tersebut, wanita itu hanya kebetulan berdiri di hadapan poster itu.

Sejak dimuat naik kira-kira 15 jam yang lalu, gambar berkenaan setakat ini sudah mendapat lebih 21K ‘like’ dan lebih 1500 komen positif dan negatif.

Sementara itu, pelakon yang dikenali sebagai seorang yang berbakat, versatil dan rajin mempertingkatkan mutu lakonannya menerusi teknik “method acting” ini bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan kontroversi tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.