Abang Perkosa 3 Adik Kandung Direman

SUNGAI PETANI – Mahkamah Majistret Sungai Petani membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap remaja yang dipercayai merogol tiga adik kandungnya sendiri.

Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan permohonan reman pihak pendakwa untuk siasatan lanjut.

Semalam, polis menahan suspek berusia 18 tahun itu selepas ibunya membuat laporan polis suspek melakukan hubungan seks dengan adiknya yang berusia lapan tahun, lapor Awani.

Perbuatan berkenaan dilakukan di sebuah rumah kosong bersebelahan kediaman mereka di Kampung Baru Pulau Tiga di Sungai Layar, Sungai Petani, pada petang Rabu.

Suspek turut dipercayai melakukan perbuatan sama terhadap dua lagi adik perempuannya yang berusia sembilan dan 14 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.