Video : Saya Tak Nampak PM Nak Merosakkan Negara – Isa Samad

KUALA LUMPUR – “Saya tak nampak PM nak merosakkan negara!,” kata Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semasa mengulas tentang kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memacu negara.

 

Beliau berkata, tidak seharusnya seorang pemimpin yang berdedikasi menerima berbagai tohmahan seperti yang berlaku kepada Perdana Menteri.

 

“PM menerima berbagai tohmahan dan kalau kita lihat wajahnya, saya tak nampak yang beliau ini nak merosakkan negara kita. Saya tak nampak PM nak mnghancurkan negara dan nak meruntuhkan ekonomi negara. Malah, beliau mempunyai rancangan yang baik untuk negara.

 

“Tetapi kita (rakyat) terkeliru atau ter’sibuk’ dengan perkara lain. Perkara yang dibuat oleh PM iaitu samada daripada segi transformasi sangat banyak, termasuklah kita di Felda. Banyak sangat, tetapi kita terlalu terpengaruh dan ‘asyik’ dengan viral-viral yang tidak menentu sehingga terlupa PM buat banyak yang terbaik untuk negara kita,”katanya di Majlis Mesra Aidilfitri Bersama Felda di sini, hari ini.

 

Tambahnya, beliau turut mengingatkan kakitangan Felda supaya berfikir bukan hanya sebagai kakitangan tetapi sebagai rakyat yang tidak melihat perkara tidak benar di perkatakan oleh pembangkang.

 

“Kita suka melihat perkara yang tidak betul. Kita jarang melihat perkara yang baik (sedangkan) benda baik ini terlalu banyak. Inilah yang sepatutnya diperbetulkan,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, setiap rakyat dapat menikmati kemakmuran ekonomi hasil pembangunan negara, namun sering mengeluh kepada kerajaan.

 

 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menghadiri majlis tersebut.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.