Pokemon Go Dilancarkan Di Jepun

TOKYO – JEPUN. Permainan Pokemon Go akhirnya dilancarkan di Jepun, kata pemaju permainan Niantic Labs dipetik BBC News.

 

Syarikat perisian Amerika Syarikat yang membangunkan permainan tersebut mengumumkan permainan tersebut akhirnya disiarkan di Jepun.

 

Permainan yang menjadi fenomena global mula dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand pada 6 Julai lalu dan kini boleh didapati di lebih daripada 30 buah negara,

 

Hari ini, peminat di Jepun teruja dan mula memuat naik status di laman Twitter tentang permainan ini.

 

Pelancaran Pokemon Go di Jepun adalah tajaan bersama dengan rangkaian makanan segera McDonalds.

 

Selepas beberapa insiden yang berlaku membabitkan permain daripada beberapa negara, pihak berkuasa Jepun mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan panduan keselamatan dengan sembilan ciri keselamatan yang diterjemahkan dalam bentuk kartun.

 

Amaran yang dikeluarkan Pusat Kebangsaan Insiden Kesediaan dan Strategi untuk Sekuriti Siber adalah termasuk meminta pengguna supaya mendaftar menggunakan nama samaran unik berbeza daripada nama sebenar dan mengingatkan pengguna ancaman strok haba ketika berada di bawah panas matahari.

 

“Saya mahu orang ramai mematuhi amaran supaya orang ramai boleh bermain telefon pintar dengan selamat,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

 

Pokemon Go adalah permainan realiti pada telefon pintar yang sudah mempunyai berjuta-juta penguna yang obses menangkap makhluk kecil di ruang awam.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.